Soalan Lazim

Soalan Lazim PBTPay :

Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?

Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.

Selepas nombor akaun tersebut diperolehi, anda boleh menetapkannya di dalam ‘add to favorites’ bagi memudahkan semakan di masa akan datang.

Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.

PBTPay tidak mempunyai kemudahan pembayaran secara ansuran.

Walau bagaimanapun anda boleh mengubah amaun yang perlu dibayar pada skrin bayaran, bergantung kepada tetapan amaun minima/maksima oleh PBT berkaitan.

Anda boleh mengubah amaun yang perlu dibayar pada skrin bayaran, bergantung kepada tetapan amaun minima/maksima oleh PBT berkaitan.

Pada halaman daftar masuk, klik butang Lupa Kata Laluan.

Kemudian anda akan dibawa ke halaman Mohon Kata Laluan Baru dan masukkan Nombor MyKad. Seterusnya tekan butang ‘Hantar’.

Nombor Pin akan diterima melalui SMS dan e-mel berdaftar bagi membolehkan pengguna menukar kata laluan yang baharu.

Boleh. Melalui FPX, pengguna boleh melaksanakan pembayaran kad kredit dengan memilih akaun kad kredit daripada senarai bank yang disenaraikan oleh FPX.

Manakala melalui Visa dan Mastercard, pengguna boleh terus memasukkan maklumat kad kredit berkaitan, walau bagaimanapun terhad kepada PBT yang melaksanakan tetapan terimaan pembayaran melalui Visa dan Mastercard.

Pengemaskinian pembayaran akan dilaksanakan oleh PBT dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) daripada tarikh/masa pembayaran dilaksanakan oleh pengguna.

Sekiranya masih tiada sebarang perubahan pada baki amaun perlu bayar atau baki amaun tunggakan selepas tempoh tersebut, pengguna boleh terus menghubungi PBT berkaitan untuk pertanyaan selanjutnya.

Pengguna boleh terus menghubungi PBT berkaitan untuk pertanyaan selanjutnya kerana tempoh masa pengemaskinian bayaran kepada/oleh PBT adalah berbeza mengikut saluran pembayaran yang digunakan.

PBTPay hanya menyediakan kemudahan pembayaran bil berkaitan PBT sahaja.

Pembayaran cukai tanah boleh dijelaskan melalui saluran pembayaran dalam talian yang disediakan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri masing-masing.

Aduan atau cadangan berkenaan PBTPay boleh disalurkan melalui e-mel pbtpay@kpkt.gov.my